MUTIARA KATA

Matlamat hidup adalah suatu usaha yang jitu berpandukan Al'Quran & Sunnah Rasulluallah SAW bagi mengembalikan martabat agama & ummah agar beriman dengan jitu kepada yang Esa..

PERINGATAN..

Wahai orAng2 YanG BeRimAn, PeliHaRakanLaH diri Mu & AhlI-AhLi mU (Kaum KeLuaRGa mu) dAriPada AzaB ApI NeRakA..

Isnin, 11 Januari 2010

Akhirnya aku & wife dapat PJJ..



Lama gak aku tak update blog yang tersygni.. Alhamdulillah hasrat aku & wife untk buat PJJ termakbul juga.. Di UPM ni Kitaorg memilih pengajian BABM @ BM Linguistik, Walaupun duit simpanan semua habis dilaburkan, kitaorg dah berazam untuk memastikan segulung ijazah dapat diraih.. Insyaallah, semoga segala pengorbanan kami akan dipermudahkan perjalanannya oleh Allah SWT..

Isnin, 4 Januari 2010

Telatah Remy 2009





Banyak lagi ragam Si Remy ni, tapi malas nak upload

Kepada semua Warga Guru, Selamat kembali bertugas

Harini merupakan hari pertama sesi persekolahan 2010. Apa2 pun pada tahun ini, aku dapat anak buah lagi. Kak Na da selamat melahirkan baby boy pada 03.01.10.. Tahniah diucapkan kepada Abg Tip. Hari pertama ni memang agak banyak kerja la,aku lak kene bertugas di minggu yang pertama ni. Apa yang penting untuk aku, misi untuk 2010 adalah untuk memastikan semua benda yang aku buat, SUKSESS..

Jumaat, 1 Januari 2010

PERHATIAN!! CARA BARU MEROMPAK KERETA..

Cara baru perompak kereta

Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta diparking awam. Semasa nak balik kerumah saya terperasan ada pelekat kat cermin belakang kereta saya. Bila saya tanggalkan pelekat tu kat rumah, rupa2nya cuma resit pam minyak . Tak lama lepas itu saya terima email ini.

" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )
Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... .... Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!


BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.

Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Salam satu ummah untuk semua..




Dah lama tak buka blog, busy dengan kerja2 sekolahlah.. Maklumlah SK Jabor sekolah yang bertuah,hehehe.. Apa taknye,pengkhabaran dari pihak pentadbiran awal2 tahun ni memang ramai jemputan nak singgah Jabor.. RELAX BRO.. Yang penting aku dah ready.. Ni foto2 masa jamuan akhir tahun di WAN TOMYAM..

Selamat Tahun Baru Semua..


Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana masih diberikan peluang untuk menikmati dan menyingkap tirai 2010.. Tirai 2009 telah sama2 kita labuhkan dan jadikanlah 2010 ini tahun yang lebih sempurna dalam pelbagai bidang yang kita tempuhi.. Dalam tanggungjawab kita sebagai seorang Islam, jadikanlah 2010 ini satu anjakan paradigma bagi merealisasikan matlamat serta memantapkan perjuangan kita selari dengan Al-Quran.. Marilah sama2 kita berdoa agar semua rintangan dan cabaran yang bakal kita tempuhi dalam 2010 ini dapat kita lalui dengan tenang.. Untuk semua kaum keluargaku, SELAMAT TAHUN BARU..